An-Nisa' (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)

Susunan tafsir surah An-Nisa' ini adalah penerbitan seterusnya selepas surah Al-Baqarah dan Ali Imran yang telah diterbitkan dan telah berada di App Store, dan insyaAllah surah Al-Ma'idah akan menyusuli tidak berapa lama lagi. Diharapkan susunan-susunan tafsir ini memberi manfaat kepada kita semua.
  
  Sesungguhnya susunan-susunan tafsir ini adalah susunan yang disusun dengan mengambil penafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang masyhur, dan kitab-kitab hadis, dan kitab-kitab sirah, dan kitab-kitab lain yang relevan. Tiadalah di dalam susunan tafsir ini tafsiran baru melainkan telah wujud tafsiran itu di dalam mana-mana kitab rujukan itu.
  
  Pada mulanya, penyusun membuat penyusunan ini sebagai satu kaedah untuknya mempelajari dan memahami Al-Quran. Dan penyusun juga cuba menterjemah sendiri ayat-ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu sebagai satu lagi usahanya untuk lebih memahami bahasa Al-Quran. Dan di dalam menterjemah itu, penyusun cuba sedayanya untuk tidak menukar kedudukan nahu yang terdapat di dalam Al-Quran. Dan di dalam memilih terjemahan yang paling tepat dan baik dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, penyusun membuat perbandingan terhadap semua terjemahan-terjemahan di dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang penyusun boleh dapati.
  
  Hasil susunan tafsir ini kemudiannya telah digunakan sebagai bahan panduan di dalam kelas-kelas perbincangan yang penyusun adakan dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan terdekat.
  
  Kitab-kitab tafsir utama yang menjadi rujukan penyusun ialah:
  1.Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Imam Abul Fida Ismail Ibnu Kathir Ad-Dimasyqi
  2.Jami' Al-Bayan 'an Ta'wil Ayi Al-Quran oleh Abu Jaafarwa Muhammad bin Jarir At-Tabari
  3.Al-Jami' li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi
  4.Adhwa'ul Bayan oleh Syaikh Asy-Syanqithi
  
  Kitab-kitab tafsir lain:
  1.Tafsir Al-Maraghiy oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy
  2.At-Tafsiru Al-Qayyium oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
  3.Tafsir fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb
  4.The Noble Qur'an oleh Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan
  5.Tafsir Jalalain oleh Jalaluddin As-Sayuthi dan Jalaluddin Ibnu Ahmad Al-Mahally
  6.Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka
  
  Teguran dan perbincangan dari pembaca-pembaca adalan amat dialu-alukan, dan penyusun dapat dihubungi melalui e-mail tafsir@abuhaniff.com.

下载地址:iTunes 或者AAP STORE 下载

赞(0)
版权声明:本文采用知识共享 署名4.0国际许可协议 [BY-NC-SA] 进行授权
文章名称:《An-Nisa' (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)》
文章链接:https://www.skykkk.com/archives140225.html
本站资源仅供个人学习交流,请于下载后24小时内删除,不允许用于商业用途,否则法律问题自行承担。

相关推荐

  • 暂无文章